Perjanjian Kem David Anwar_Sadat

Rencana utama: Perjanjian Kem David

Pada tahun 1978, terhasillah Perjanjian Kem David, yang mana Anwar Sadat dan Menachem Begin menerima Hadiah Keamanan Nobel 26 Mac 1979. Perjanjian atas daya usaha Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948. Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa.

Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Nasser telah menjadikan Mesir ikon nasionalisme Arab. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan mengkhianati pan-Arabism yang dimulakan oleh Nasser.Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa Israel berunding mengenai Palestin, dan Perjanjian Kem David mengenepikan Mesir yang merupakan sebuah negara ketenteraan Arab yang penting daripada kemungkinan ini.

Di Amerika Syarikat, kejayaan Jimmy Carter ini amat dialu-alukan oleh rakyat Amerika. Beliau telah diberi anugerah Prince Peace Award oleh Pat Robertson.

Dari 1979-1989 Liga Arab telah mengeluarkan Mesir ekoran Perjanjian Kem David. Ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah ke Tunis di Tunisia. Pada 1989 Msir kembali ke dalam Liga Aran dan ibu pejabat dipindah semula ke Kaherah.